Friday 3 June 2011

cara nak hilangkan rasa mengantuk

APABILA SEDANG MEMANDU...

emua orang, apabila memandu kereta terutama untuk perjalanan jauh spt balik kampung berhariraya, travelling kerana tugas rasmi dsbnya, akan merasa mengantuk yg teramat sangat ketika memandu.

Hal ini boleh mengundang padah kerana hanya sedetik shj anda terlelap ketika memandu, kemungkinan untuk anda ditimpa kemalangan adalah 99% kerana ketika terlelap itu, otak anda tidak lagi berfungsi dan sedar, mata tertutup dan anggota tangan dan kaki tidak lagi dpt mengawal kenderaan yg dipandu.

Berdasarkan pengalaman saya, sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi…

“LA TAK KHUDZUHU SINATUW WALA NAUM…”
(maknanya: [DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR”)

Bukan sahaja mengantuk apabila memandu sahaja..boleh juga diamalkan bila-bila ketika berasa mengantuk seperti di tempat kerja, waktu belajar di dalam kelas, waktu mendengar ceramah atau kuliah dan sebagainya…

Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan atau musibah adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat

“BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA’ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA’ WAHUWASSAMIUN ‘ALIIMM” 3X.

Bila kita berdoa dan meletakkan pergantungan pada Allah.. Allah akan memelihara kesejahteraan kita asalkan kita ikhlas dan yakin dalam beramal..
insyaAllah

No comments:

Post a Comment