Saturday 4 June 2011

cara nak hilangkan rasa mengantuk

apabila belajar (dlm kelas)...

1. datang lambat ke kelas/dewan kuliah.
- bila lambat, anda akan berjalan dengan cepat dan tidak akan terhegeh2. lalu menyebabkan heart beat anda bertambah drp 70 bpm (normal) kpd 150 bpm iaitu peningkatan sebanyak 114.2857%. jadi, anda tak tido dlm kelas.

- tp kalo runner, pasal dia slalu exercise, dia punya cardiac output besar. so, masa2 biasa, dia punya heart rate lagi rendah. time lari je laju iaitu 150 gak. tp recovery diorang cepat. dlm masa seminit akan kembali ke 70 atau 65 bpm.

- perempuan pula, normal heart beat mereka adalah 75 bpm. kalau datang lambat pon, tak yah berlari. sebab, bila anda tahu anda dah lambat ke kelas, anda akan jadi cuak. bila cuak, heart beat anda akan naik gak. itulah kehidupan seorang perempuan. senang gelabah dlm segala segi...


2. duduk di belakang.
- kita mudah bosan bila duduk depan sebab asik tengok muka yg sama iaitu lecturer. kadang2 rasa menyampah pon ada. kalau cun cam balak or awek korea takpe gak.

- bila duduk belakang ruang lingkup pemandangan anda lebih luas drp anda duduk di bahagian hadapan. maka, sekiranya anda bosan pandang depan, pandalah ke kiri atau ke kanan. kalau tu pon bosan, alihkan ke sisi atau ke bawah.


3. bawa laptop/ komik/ sudoku
- semua perkara di atas dapat mengelakkan rasa nak tido bila anda dalam kelas. kerana anda boleh berchatting, surf internet, etc.


4. lukis gambar lecturer
- anda boleh melatih diri anda melakar wajah lecturer anda yg sedang membebel kat depan dgn menggunakan pensil dan buku nota anda. ini juga merupakan cara2 utk mencantikkan lagi notes anda.


5. tak perlu ke kelas
- dah tau ngantuk, tido je la kat rumah... kan senang. tak perlu aku taip tips2 ni dengan susah payah...:senyum: ha..

- kalau anda tido kat rumah, takde la masalah tido di dlm kelas/lecture hall...

6. ORANG YG MAKAN TIDAK AKAN TIDUR CUBALAH MAKAN GULA2 KER. JGN MAKAN NASI SUDAHLER SEMASA BELAJAR


7. ada satu cara yg lagi senang...andai kata mengantuk dalam kelas, berdirilah....sure ngantuk hilang...sebab macam mana nak tidur tengah berdiri...
tp jika ada yg boleh tidur time berdiri tu tak tahulah....


8. Bina sikap yang positif.

Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.


9. Persediaan minda

Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.


10. Persediaan perasaan.

Fikiran dan perasaan yang positif, memudahkan lagi anda memberi tumpuan kepada pelajaran. Anda akan berasa selesa kerana perasaan tidak diganggu dengan kata-kata negatif.


11. Persekitaran yang sesuai.

Apabila ingin belajar, anda perlu mencari tempat yang sesuai tanpa sebarang gangguan. Mental dan emosi yang terganggu akan menjejaskan tumpuan fikiran.


12. Ketepikan seketika masalah sampingan.

Sekiranya anda menghadapi masalah lain seperti perselisihan dengan rakan, masalah kewangan dan sebagainya, anda perlu berkongsi atau meluahkan masalah anda kepada ibu bapa. Ini boleh mengurangkan tekanan lantas memberi laluan untuk anda menumpukan perhatian kepada pelajaran. Jika tidak berjaya, lawanlah fikiran dengan mengenepikan seketika masalah tadi. Percayalah setiap kejayaan akan diperolehi atas dasar usaha walaupun dalam keperitan tapi penuh kesabaran.

5 comments:

  1. Tips ni agak merapulah -_- Btw, ade gak betulnya :) Thanks p/s jgn sebarkan tips macam ni pada orang yg betul2 nak blaja

    ReplyDelete
  2. Turbogel - The Tinted Master - Titanium Trimmer - Tits
    This Tinted Master. An authentic and modern titanium alloy nier replicant design with the same legendary qualities that were found ford escape titanium 2021 in traditional cars. Rating: rocket league titanium white octane 3.3 · ford edge titanium 2021 ‎3 reviews titanium grades

    ReplyDelete